Friday, 2 November 2012

Pantai Tok Bali

Pantai Tok Bali terletak kira-kira 10 Km dari bandar Pasir Puteh Kelantan.Ianya terkenal kerana memppunyai jambatan yang tinggi bagi memberi ruang kepada kapal-kapal berlabuh.
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut secara borong dan dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...