Para pemhunjung biasanya berpusu-pusu pada hujung minggu.Kebiasaanya Lata Rek paling ramai dikunjungi pada hari Jumaat dan Sabtu sempena cuti hari minggu di Kelantan. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti perkhemahan,tidakj ketinggalan memilih Lata Rek ini sebagai destinasi aktiviti mereka.Biasanya para penuntut universiti, pelajar sekolah, tentera, polis dan badan sukarela yang selalu mengadakan aktiviti pekhemahan di sini.
Buat masa ini, tempat penginapan belum disediakan oleh pihak tertentu kerana masalah banjir yang boleh merosakkan struktur bangunan di sini terutama pada musim tengkujuh. Apapun, air terjun ini amat sesuai untuk sesi keluarga dan pekhemahan. Kedai makan, warung, pasar dan pelbagai lagi kemudahan terdapat berhampiran kawasan ini.
Jln ke Lata Rek |
No comments:
Post a Comment