Di negeri kelantan,durian dan mempelam...merupakan buah-buahan yang sangat digemari oleh rakyat negeri ini tidak kira dari lapisan masyarakat mana sekalipun,kecil,besar,muda atau tua dan tak kira kaya atau miskin,rakyat Kelantan biasanya gemar memakan buah-buahan ini.Buah-buahan ini boleh dimakan terus begitu sahaja atau dimakan bersama pulut serta santan dan dimasukkan sedikit gula melaka atau gula biasa.Biasanya pada musim buah-buahan rakyat Kelantan seolah-olah berpesta memakan durian dan mempelam.Di mana-mana sahaja pusat membeli-belah,dari pasaraya hinggalah di pasar-pasar borong,pasar malam,pasar tani maupun di tepi-tepi jalan,rata-rata menjual buah-buahan ini.Pulut durian biasanya dijadikan juadah untuk jamuan di majlis-majlis tertentu seperti majlis keraian,menyambut tetamu atau pun jamuan kelas bagi sekolah-sekolah yang agak luar bandar di mana ramai dari ibubapa kalangan pelajar yang memiliki dusun atau yang mempunyai pokok durian di sekitar kediaman masing-masing.
|
No comments:
Post a Comment