Friday 2 November 2012

Jom Relaks Minda di Jeram Pasu

Jika seharian dan seminggu anda penat bekerja....jom kita santai-santai di hutan lipur Jeram Pasu .
Jeram ini terletak kira-kira 10 Km dari bandar Pasir PutehJeram ini merupakan ntara  salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bhar
  Menurut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Tidak berapa lama kemudian,majlis bandaran Pasir Puteh telah mengambil inisiatif untuk memajukan kawasan ini.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT.
kehijauan hutan lipur dan kejernihan air di sini sangat-sangat mendamaikan....
Menjadi tarikan para jurugambar tersohor
Asyik mencari subjek yang bakal dirakam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...