Showing posts with label negeri berbudaya. Show all posts
Showing posts with label negeri berbudaya. Show all posts

Saturday, 27 October 2012

Kota Bharu,Kota Budaya

Apa yangt anda faham dengan ungkapan Kota Bharu,Kota Budaya?Sama-sama kita ikuti sorotan mengenai negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Kota Bharu merupakan  ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah 491,237 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
  • Masjid Sultan Ismail.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
 Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Bharu

Gasing...Tak lekang Dek Panas,Tak Lapuk Dek Hujan

Permainan gasing merupakan satu permainan tradisi rakyat Kelantan sejak turun-temurun Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Ada pelbagai jenis gasing seperti :Gasing toyol,Gasing begelen,Gasing berembang,Gasing buku benang,Gasing jantung,Gasing kelamar,Gasing kepala duri,Gasing kuno,Gasing lang laut,Gasing leper,Gasing leper Kelantan,Gasing pacitan,Gasing pangkahGasing piring,Gasing pinang,Gasing tanjung,Gasing telor,Gasing Cina,Gasing Melayu dan Gasing uri.
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Sambutan Hari Raya Korban Lebih Meriah

Sebagaimana yanng anda ketahui bahawa Kelantan adalah merupakan jolokan  negeri Serambi Mekah,maka tidak hairanlah jika Hari Raya Aidil Adha mendapat sambutan yang lebih meriah daripada sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Hal ini bertepatan dapat mengingatkan kita tentang peristiwa nabi Ibrahim yang telah diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, nabi Ismail. Kemudian Allah menggantikan anaknya dengan seekor sapi disebabkan ketaqwaan nabi Ibrahim,. Baginda mentaati perintah Allah tanpa ada sebarang keraguan. Sebagai seorang mukmin, sewajarnya kita mengimbil iktibar terhadap peristiwa korban tersebut.Boleh dikatakan rakyat negeri Kelantan akan terpanggil dengan seruan berkorban ini,tidak mengira katogeri ekonomi atau taraf hidup.Majoritinya akan melakukan ibadah korban dengan penuh kerelaan lantaran mempunyai kesedaran terhadap kelebihan dan ganjaran pahala yang disediakan bagi mereka yang berkorban kerana Allah.Walaupun tiada kempen "satu rumah,satu korban....",namun rakyat Kelantan sudah terbiasa dan terbudaya dengan ibadah korban ini.Budaya korban dan sembelihan di negeri Kelantan jelas tergambar dengan penyertaan yang menyeluruh daripadawarga Kelantan tanpa mengira status ekonomi mereka.Boleh dikatakan dalam tiap keluarga akan melakukan paling kurang satu bahagian korban.Ada keluarga yang mengambil lebih dari satu bahagian,bahkan yang lebih membanggakan,ada juga keluarga yang berkongsi tujuh bahagian bagi satu keluarga besar,bermakna seekor lembu bagi satu keluarga.
Lembu yang sudah disembelih
Kerja-kerja melapah daging sedang dijalankan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...