Sebagaimana yanng anda ketahui bahawa Kelantan adalah merupakan jolokan negeri Serambi Mekah,maka tidak hairanlah jika Hari Raya Aidil Adha mendapat sambutan yang lebih meriah daripada sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Hal ini bertepatan dapat mengingatkan kita tentang peristiwa nabi Ibrahim yang telah diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, nabi Ismail. Kemudian Allah menggantikan anaknya dengan seekor sapi disebabkan ketaqwaan nabi Ibrahim,. Baginda mentaati perintah Allah tanpa ada sebarang keraguan. Sebagai seorang mukmin, sewajarnya kita mengimbil iktibar terhadap peristiwa korban tersebut.Boleh dikatakan rakyat negeri Kelantan akan terpanggil dengan seruan berkorban ini,tidak mengira katogeri ekonomi atau taraf hidup.Majoritinya akan melakukan ibadah korban dengan penuh kerelaan lantaran mempunyai kesedaran terhadap kelebihan dan ganjaran pahala yang disediakan bagi mereka yang berkorban kerana Allah.Walaupun tiada kempen "satu rumah,satu korban....",namun rakyat Kelantan sudah terbiasa dan terbudaya dengan ibadah korban ini.Budaya korban dan sembelihan di negeri Kelantan jelas tergambar dengan penyertaan yang menyeluruh daripadawarga Kelantan tanpa mengira status ekonomi mereka.Boleh dikatakan dalam tiap keluarga akan melakukan paling kurang satu bahagian korban.Ada keluarga yang mengambil lebih dari satu bahagian,bahkan yang lebih membanggakan,ada juga keluarga yang berkongsi tujuh bahagian bagi satu keluarga besar,bermakna seekor lembu bagi satu keluarga.
|
Lembu yang sudah disembelih |
|
Kerja-kerja melapah daging sedang dijalankan.... |
No comments:
Post a Comment