Saturday 27 October 2012

Gasing...Tak lekang Dek Panas,Tak Lapuk Dek Hujan

Permainan gasing merupakan satu permainan tradisi rakyat Kelantan sejak turun-temurun Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Ada pelbagai jenis gasing seperti :Gasing toyol,Gasing begelen,Gasing berembang,Gasing buku benang,Gasing jantung,Gasing kelamar,Gasing kepala duri,Gasing kuno,Gasing lang laut,Gasing leper,Gasing leper Kelantan,Gasing pacitan,Gasing pangkahGasing piring,Gasing pinang,Gasing tanjung,Gasing telor,Gasing Cina,Gasing Melayu dan Gasing uri.
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...