Gerai jagung terletak di Kampung Redang menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan jaraknya dari Kota Bharu,kira-kira 3.5 Kilometer dari pusat bandar.
Jualan Jagung rebus wujud sejak beberapa tahun yang lalu dan penjualan jagung hanya ditemui di Kelantan dimana bilangannya antara 10 hingga 14 gerai.Sekarang ini,jualan jagung rebus ini sudah banyak dibuka di sekitar jalan Pasir Mas-Tanah Merah dan Pasir Mas--Rantau Panjang.Apa yang menjadikan jagung rebus di sini unik adalah kerana jagungnya direbus dengan menggunakan kayu api dan dapat ditemui pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan musim jagung dengan harga yang berpatutan bersesuaian dengan kualiti jagung yang dijual.
No comments:
Post a Comment