Monday, 15 October 2012

Jom...Makan-makan!!!

Bila sebut saja pasal makan di negei Kelantan,wah...sudah terbayang di mata para pengunjung atau pelawat yang datang untuk bercuti atau sekadar singgahlalu sementara sampai ke destinasi yang dituju,bahawa makanan di sini semuanya manis-manis.Bukan semua makanan di Kelantan manis-manis.Kelantan mempunyai juadah yang pelbagai dan unik sekali di mata para pelancung lantaran kepelbagaian rasa dan rupa serta nama yang adakalanya lucu,maka ianya menjadi tarikan dan punya kunikan yang tersendiri.Contoh-contoh makana yang manis adalah seperti jala emas,tahi itik,puteri mandi,onde-onde,badak berendam,pulut bangkok,ketupat dakap,bubur kacang,bubur ubi,sira pisang,sira ubi,sila keledek dan pelbagai juadah pemanis mulut atau pencuci mulut.


akok
jala mas
jelebak
kuih cara
kuih cara berlauk
kuih batang buruk
Kuih Puteri Ayu



nasi kerabu

Nasi Kerabu merupakan makanan paling diminati di kelantan,nasi kerabu dihidangkan bersama ulam-ulaman dan  boleh dimakan dengan ikan masin, keropok, telur masin dan daging bakar.

Nasi dagang
Nasi dangan atau dikenali nasi pedagang yang dikatakan nasi yang selalu dihidang kepada pedagang dalam perjalanan mereka pada waktu dahulu.Nasi dangan diperbuat daripada beras pulut dan dicampur dengan santan kelapa dan dimakan bersama denga gulai ikan tongkol atau tuna.

nasi tumpang
Nasi tumpang merupakan makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...