Sultan Kelantan yang menggunapakai gelaran Sultan Muhammad ke v merupakan seorang sultan yang berjiwa rakyat.Beliau sentiasa hidup dalam keadaan yang sederhana.Sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata dan sanggup mencemar duli beraktiviti bersama rakyat jelata.Ramai para penganalis serta penulis yang menyatakan secara terang-teangan mengenai kekaguman mereka terhadap keperibadian baginda sultan....Ikuti sebuah tulisan yang saya petik dari sebuah blog:
SEJAK
dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September
2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan
wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara
khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru
pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana
penuh protokol tetapi tetap mesra.
Wawancara itu juga diadakan
bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan
dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak
12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah
dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak
menggenakan sut coklat muda ala Nehru.
Baginda
Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu
melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan
wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.
Dan
sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada
perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan
ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang
wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya
membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim
digunakan di dalam istana.
Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:
*Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan:
Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai
selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”.
Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak
langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang
terbaik untuk rakyat saya.
* Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran
rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri
Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad
Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula
jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir
semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik...Insya-Allah.
* Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir,
bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara
pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal
Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun
menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi
soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak
dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak
glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita
sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman
pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13
September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal
pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan
sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang
difikirkan sesuai.)
* Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”
* Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan:
Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir
sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak
kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita
lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita
lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why?
why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data
base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
* Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan
bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis
keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka
seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan,
tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika
kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada
hal.
* Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi:
Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda
saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi
saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya
untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada
yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk
menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan
yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk
menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah
jajahannya.)
* Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat:
Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta
(untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan
memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah
untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat
dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana
tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak
sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat
yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia
sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
* Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan:
Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan
infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau
Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru
dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang
berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan
raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung.
Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya
dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama
akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada
jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati
termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut
membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu
yang paling ketara...
* Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan:
Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat
tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran
sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta
dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian
terlebih dahulu.
* Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan:
Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada
bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti
jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik
tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan
sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya
macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat
sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota
Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau
tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada
waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke
Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya
kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan
menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan
merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku
ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke,
kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang.
Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita
tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat
perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang,
Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan
tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat:
Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama
dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak
mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya
atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan
keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis
orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi
kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri
nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri
kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di
mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out
of control yang akhirnya akan terbalik. [sumber: mstar.com.my]
No comments:
Post a Comment