Tahukah anda bahawa rakyat Kelantan rata-rata gemar bersarapan dengan makanan yang berat.Hari ini penulis sempat bersarapan di Pasar Siti Khadijah dengan pulut ikan kering.Pulut merupakan makanan kegemaran rakyat kelantan tanpa mengira status-quo.Ia dimakan bersama kelapa muda yang diparut.Ikan kering dijadikan sebagai lauk.Juadah ini sesuai juga dimakan ketika kita dalam kenderaan jika kita melakukan perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi samada dekat atau jauh.Ianya tidak menyusahkan orang yang memakannya kerana tidak perlu dihidang.Bol;eh terus dimakan dalam bungkusan.
No comments:
Post a Comment