| Pejabat Emigresen Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan. Pintu masuk ke negara Thai melalui sempadan Bukit Bunga-Buketta |
Showing posts with label Sempadan Negara Gajah Putih. Show all posts
Showing posts with label Sempadan Negara Gajah Putih. Show all posts
Monday, 15 October 2012
Pintu Masuk Sempandan Bukit Bunga
Jika para pelawat atau pengunjung yang datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang datang ke sini,tidak sah kiranya mereka tidak melawat ke sempadan malaysia_Thai atau terus masuk ke negara jiran atau negara Gajah Putih ini.Biasanya pintu-pintu utama yang selalu dimasuki pelawat adalah Pengkalan Kubur,Rantau Panjang,Bukit Bunga,Munduk dan lain-lain.Sempat juga saya rakam pintu masuk ke negara gajah putih ini.
Sunday, 14 October 2012
Santai-santai Di Rantau Panjang
Bak kata orang..."Syurga membeli-belah..." INilah perumpamaan yang selalu diberikan oleh para pelancung dan pelawat yang datang bertandang ke negeri tanah serendah sekebun bunga ini.Rantau panjang merupakan pintu masuk utama ke negara Thai,di mana ianya dihubungkan dengan sebuah jambatan yang panjangnya kira-kira 2 km sahaja,merentas arus Sungai Golok yang tak pernah jemu mengalir ke muara.Sepanjang perjalanan saya di sekitar Rantau Panjang,rasanya seolah-olah saya sudah berada di negara jiran,lantaran struktur bangunan dan jalanraya yang hampir sama dengan bandar Golok.Persamaan yang dimaksudjkan adalah daripada segi jalanraya yang sempit dan padat dengan bahu jalannya yang sangat sempit....merimaskan pemandu yang memandu kenderaan sekitar bandar ini.Bandar ini bukanlah sebesar yang digembar-gemburkan.Apa yang menjadikan ianya terkenal ke seluruh pelusuk tanah air adalah kerana lokasinya yang bersempadan dengan negara Thai,yang sememangnya terkenal dengan barangan yang berharga murah dan cantik serta makanan yang menyelerakan serta budaya hidup yang agak berbeza daripada negara kita.
| pintu masuk ke Rantau Panjang...jika memandu dari Kota Bharu |
Subscribe to:
Posts (Atom)

